Tahniah kepada Y.B Dato Seri Azmi Khalid kerana menjadi Pengerusi PAC.

Nasihat saya kepada YB Dato Seri Azmi jalankan tugas dengan jujur dan amanah dan bukannya untuk agenda politik dan untuk kepentingan sendiri tapi kita diamanahkan oleh rakyat untuk menwakili mereka di dalam usaha untuk menyuarakan sesuatu kepada kerajaan bukannya untuk kepentingan politik sahaja.Tetapi kehendak rakyat perlu di berikan keutamaan

Kepada Rakyat Negeri Perlis khususnya penyokong -penyokong Y.B Dato Seri Azmi teruskan usaha untuk membantu Dato Seri Azmi di dalam menjaga amanah yang telah diberikan.

Saya telah telah mendapat aib yang amat besar apabila saya di permalukan oleh anasir-anasir didalam UMNO khususnya UMNO Perlis sendiri. Persoalannya kepada wakil rakyat baru yang selalu menghentam saya di dalam ceramah tidak ada langsung kah kebaikan saya buat semasa saya menjadi Menteri Besar. Tidak ada langsungkah pembangunan yang saya bawa ke Negeri Perlis ini persoalan yang perlu mereka jawap dan apa yang mereka dah laksanakan di Negeri ini sehingga mereka bergitu lantang menghentam saya.Untuk makluman tandas dan pejabat mereka sekarang ini persoalanya siapa yang usahakan sehingga mendapat bangunan yang bergitu cantik.Stesyen Janakuasa Sungai Baru pun hasil usaha siapa?.

Stesyen bekalan air ke Langkawi hasil dari usaha siapa?. Politeknik.Maktab.ILP.MRSM 2 . UNIMAP.Kolej Komuniti?dan Kolej Kejururawatan yang terbengkalai belum dapat di selesaikan .Lebuh raya Persekutuan Kuala Perlis Changloon.Changlun Padang Besar.Kedai-kedai  untuk perniaga kecil.Pembangunan di Kg BAkau?.Pembangunan Bandar Padang Besar. Bangunan Hospital baru.

Kepada Y.B ADUN Sena Tolong bukti apa yang kamu dah buat. dan apa salah saya. ADUN sena bekas Setiusaha Politik saya. Arwah isteri dia pun saya kenal.Saya sedih kerana hentaman beliau di Kg Jejawi Sematang tempohari.Ingatlah bahawa ALLAH ITU TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MENGASIHANI.Saya tidak akan melakukan seperti yang mereka lakukan terhadap saya akan tetapi saya akan menceritakan yang benar supaya Rakyat tahu siapa Wakil Rakyat mereka.

Di hari ini saya mengakhiri bingkisan ini dengan mengajak tuan/puan merenung sejenak apa yang bakal terjadi kepada Negara kita yang tercinta di masa hadapan.Pergolakan politik di Negara kita pada masa kini tidak akan reda dan akan terus berpanjangan.

Saya senantiasa berdoa agar tidak berlaku sesuatu yang diluar jangkauan kita terhadap negara kita ini seperti yang sedang berlaku di Indonesia sekarang ini.Di mana apabila kenaikan kos sara hidup dan politik yang kurang kestabilan maka manusia akan hilang pertimbangan.

Saya menyeru sekelian rakyat BERSATULAH KITA BAGI MENGHADAPI UJIAN INI .terutama orang Melayu perlu bersatu.Ibarat kata pepatah Berdiri kita Teguh Bercerai Kita Roboh.

Sekian di dahului ucapan terima kasih

 

 

 

SELAMAT DATANG KE BLOG DATO SERI SHAHIDAN BIN HJ KASIM .SEGALA PERTANYAAN DAN KOMEN AKAN DI JAWAP SEBERAPA SEGERA….

RAKYAT DAN SESIAPA SAHAJA JUGA BOLIH UNTUK MENGEMUKAKAN SOALAN DAN PENDAPAT KEPADA SHAHIDAN_KASIM@YAHOO.COM

MALAH RAKYAT JUGA BEBAS UNTUK MEMBUAT PEWRMOHONAN APA JUA BANTUAN JIKA SAYA BOLIH BANTU INSYALLAH SAYA AKAN CUBA BANTU….

INI BLOGG BARU YANG MANA MASIH DI DALAM PROSES KEMAS KINI DARI MASA KESEMASA OLEH KAWAN KAWAN SAYA YANG MAHIR.INSYALLAH TUAN PUAN JUGA AKAN DI MAKLUMKAN MENGENAI AKTIVITI TERKINI SAYA SERTA JADUAL SAYA SEHARIAN

Hello world!

May 20, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!